Pelayanan Antarabangsa “Terang Bagi Bangsa-Bangsa” Mempersembahkan:

Pengalaman Nyata Syurga dan Neraka

oleh 7 Muda-Mudi

(Hanya 6 yang diterjemah berdasarkan pada rekod kesaksian yang dibuat)

(Diterjemahkan Oleh: Alfred Chia) 

Download:

(Kesaksian Pertama)

(Lukas 16:19)

Ada seorang kaya yang selalu berpakaian jubah ungu dan kain halus, dan setiap hari ia besukaria dalam kemewahan. Dan ada seorang pengemis bernama Lazarus, badannya penuh dengan borok, berbaring dekat pintu rumah orang kaya itu, dan ingin menghilangkan laparnya dengan apa yang jatuh dari meja orang kaya itu. Malahan anjing-anjing datang dan menjilat boroknya.

Kemudian matilah orang miskin itu, lalu dibawa oleh malaikat-malaikat ke pangkuan Abraham. Orang kaya itu juga mati, lalu dikubur. Dan sementara ia menderita sengsara di alam maut ia memandang ke atas, dan dari jauh dilihatnya Abraham, dan Lazarus duduk di pangkuannya. Lalu ia berseru, katanya: Bapa Abraham, kasihilah aku. Suruhlah Lazarus, supaya ia mencelupkan ujung jarinya ke dalam air dan menyejukkan lidahku, sebab aku sangat kesakitan dalam nyala api ini. Tetapi Abraham berkata: Anak, ingatlah, bahawa engkau telah menerima segala yang baik sewaktu hidupmu, sedangkan Lazarus segala yang buruk. Sekarang ia mendapat hiburan dan engkau sangat menderita. Selain dari pada situ di antara kami dan engkau terbentang jurang yang tak terseberangi, supaya mereka yang mau pergi dari sini kepadamu ataupun mereka yang mau datang dari situ kepada kami tidak dapat menyeberang.  

Alkitab, iaitu Firman Allah, sangat jelas mengenai syurga dan neraka. Dalam bahagian yang baru kita baca, Tuhan memberitahu kita mengenai dua tempat: Syurga dan Neraka, maut atau keselamatan. Tidak ada tempat pertengahan. Penyiksaan sementara tidak wujud. Keadaan di pertengahan di mana manusia wujud seketika selepas mereka meninggal dunia dan lepas itu pergi ke syurga tidak wujud. Alkitab sangat jelas mengenai hal itu. 

11 April 1995 

Allah memberi kami pengalaman nyata yang mengubah jalan hidup kami. Kami baru saja mengenal Tuhan dan FirmanNya. Kami adalah 7 orang muda-mudi dan Tuhan telah memberi kami hak dan tanggungjawab yang besar untuk mengongsikan pengalaman nyata ini kepada dunia. 

Ianya bermula pada 10 pagi. Kami berdoa dan sedia untuk keluar berkelah pada hari itu. Tiba-tiba sekitar 10 pagi, cahaya putih yang begitu berkuasa memancar melalui satu tingkap. Apabila cahaya itu muncul, kami semua mulai berbahasa Roh dan diurapi oleh Roh Kudus. 

Masa itu kami semua terpegun terhadap apa yang kami lihat. Cahaya yang mulia itu menyinari segenap ruang. Cahaya itu lebih terang daripada cahaya matahari. Di tengah-tengah cahaya itu kami nampak satu kumpulan malaikat berpakaian putih.  Malaikat ini sangat cantik, tinggi, dan sangat tampan rupa parasnya. 

Di tengah kumpulan malaikat ini kami lihat suatu yang menakjubkan – bentuk seorang Manusia. Imej ini suatu yang istimewa, seorang manusia yang memakai selubung dan jubah yang sangat putih. Rambutnya seperti utas emas. Kami tidak dapat melihat wajahNya kerana ianya terlalu bersinar. Namun, kami melihat tali emas di sekeliling dadaNya, bertulisan dari emas iaitu: “Raja segala raja dan Tuhan segala tuhan.” Dia memakai selipar emas, dan keindahanNya tanpa tandingan. Apabila kami melihat kehadiran Manusia itu, kami semua berlutut. 

Lalu kami mulai mendengar suaraNya. Ianya sangat istimewa dan indah; setiap perkataan menembus hati kami seperti pedang bermata dua; seperti tertulis dalam Firman Tuhan (Ibrani 4:12). Dia berkata melalui perkataan yang biasa tetapi berkuasa. Kami mendengar suaraNya berkata kepada kami,”anakKu, jangan takut, Aku Yesus Nasaret, dan Aku ingin berjumpa dengan kamu untuk menunjukkan satu misteri supaya kamu dapat tunjukkan dan beritahu kepada pekan-pekan, bangsa-bangsa, bandar-bandar, gereja-gereja, dan semua tempat. Di mana Aku beritahu kamu untuk pergi, kamu akan pergi, dan di mana Aku beritahu kamu jangan pergi, kamu tidak akan pergi 

Di dalam Alkitab, Firman Tuhan, mengatakan dalam Yoel 2:28 “Kemudian dari pada itu akan terjadi, bahwa Aku akan mencurahkan RohKu ke atas semua manusia, maka anak-anakmu laki-laki dan perempuan akan bernubuat; orang-orangmu yang tua akan mendapat mimpi, teruna-terunamu akan mendapat penglihatan-penglihatan.” Inilah masanya Tuhan memperlengkapi setiap orang. 

Lalu sesuatu yang aneh berlaku, satu batu muncul di tengah ruang bilik, dan Tuhan yang bersama dengan kami membawa kami ke atas batu itu. Batu itu kira-kira lapan inci dari lantai, dan satu lubang yang besar muncul pada lantai. Ianya lubang yang besar, hitam dan menakutkan. Ianya gelap dan membawa kami ke pusat bumi. 

Ketika kami berada di dalam kegelapan yang pekat, kami sangat takut! Kami begitu takut sehingga kami berkata pada Tuhan,”Tuhan kami tidak mahu pergi ke sana! Jangan bawa kami ke sana Tuhan!” Tuhan menjawab kami dengan suara yang indah dan lembut,”pengalaman ini perlu supaya kamu dapat melihat dan memberitahu yang lain 

Kami berada di satu terowong berbentuk hon, dan kami mulai melihat bayang-bayang, iblis dan lembaga yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Kami terus bergerak ke bawah lebih dalam. Dalam beberapa saat saja, kami merasakan kekosongan dan ketakutan yang mendalam. 

Kami sampai ke beberapa gua dengan pintu yang menyeramkan, seperti jalan yang berselirat. Kami enggan masuk ke dalam. Kami menyedari suatu bau yang sangat busuk dan kepanasan yang menyesakkan. Selepas kami masuk, kami melihat hal-hal yang menyeramkan dan imej yang menakutkan. Seluruh tempat diliputi dengan api dan di tengah api ini terdapat ribuan orang. Mereka menderita siksaan yang dahsyat.  Pemandangan ini sangat menakutkan, kami enggan melihat apa yang diperlihatkan kepada kami. 

Tempat itu dibahagikan kepada bahagian yang berbeza untuk penyiksaan dan penderitaan. Satu daripada bahagian pertama yang Tuhan perlihatkan kami ialah tempat yang kami namakannya sebagai “Lembah Kawah”. Terdapat berjuta-juta kawah di sana. Kawah-kawah ini terletak di atas tanah dan setiapnya mengandungi lahar yang terbakar. Di dalamnya ialah suatu jiwa manusia yang sudah meninggal lalu pergi ke neraka.  

Ketika jiwa-jiwa itu melihat Tuhan, mereka mulai menjerit dan berteriak,”Tuhan, kasihani kami! Tuhan beri kami peluang untuk keluar dari tempat ini! Tuhan, keluarkan saya dan saya akan memberitahu dunia tempat ini nyata!” Namun Tuhan tidak ingin melihat mereka. Jutaan lelaki, perempuan dan anak muda di tempat itu. Kamu juga melihat golongan homoseks dan pemabuk disiksa. Kami melihat semua mereka ini menjerit dalam penyiksaan yang begitu dahsyat sekali. 

Kami terkejut sekali melihat bagaimana tubuh dimusnahkan. Cacing-cacing masuk dan keluar daripada rongga mata, mulut, dan telinga, dan memasuki kulit pada seluruh tubuh. Ini menggenapi Firman Tuhan dalam buku Yesaya 66:24 “Mereka akan keluar dan akan memandangi bangkai orang-orang yang telah memberontak kepadaKu. Di situ ulat-ulatnya tidak akan mati, dan apinya tidak akan padam, maka semuanya akan menjadi kengerian bagi segala yang hidup.” Juga dalam Markus 9:44,”Di tempat itu ulatnya tidak akan mati, dan apinya tidak akan padam.” Kami berasa begitu seram terhadap apa yang kami lihat. Kami lihat api setinggi 9 hingga 12 kaki. Di dalam setiap api terdapat jiwa seorang manusia yang sudah meninggal lalu pergi ke neraka.  

Tuhan memperlihatkan kami seorang lelaki di salah satu kawah itu. Dia di dalam keadaan terbalik (kepala di bawah kaki di atas) dan daging mukanya berjatuhan. Dia mengamati Tuhan, lalu mulai menjerit dan memanggil nama Yesus. Dia berkata,”Tuhan kasihani saya! Tuhan beri saya peluang! Tuhan bawa saya keluar dari tempat ini!” Namun Tuhan enggan melihatnya. Yesus hanya berpaling daripadanya. Apabila Tuhan berbuat demikian, lelaki ini mulai mengutuk dan menghujat Tuhan. Lelaki ini ialah John Lennon, ahli kumpulan musik satanik “The Beatles.” John Lennon adalah orang yang mengolok dan mempermainkan Tuhan semasa hidupnya. Katanya Kekristianan akan hilang dan Yesus Kristus akan dilupakan oleh semua. Namun, hari ini lelaki ini berada di neraka dan Yesus Kristus hidup! Dan Kekristianan juga tidak hilang. 

Semasa kami berjalan di tepi tempat itu, jiwa-jiwa di sana cuba untuk menjangkaukan tangan mereka terhadap kami dan merayu simpati. Mereka meminta Yesus untuk mengeluarkan mereka dari sana tapi Tuhan sama sekali tidak memandang mereka. 

Selepas itu kami pergi ke bahagian-bahagian yang berbeza. Kami sampai ke bahagian yang paling mengerikan di neraka, di mana penyiksaan yang paling dahsyat berlaku iaitu di pusat neraka. Segala penyiksaan tertumpu di sini dan penyiksaannya begitu dahsyat sehingga tidak dapat dijelaskan oleh manusia. Orang-orang di sini adalah semuanya yang mengenal Yesus dan Firman Tuhan. Di sana ada Pastor, Penginjil, Misionari, dan semua jenis orang yang pernah menerima Yesus dan tahu akan kebenaran tetapi menduakan kehidupan. 

Di sana juga terdapat orang yang percaya tetapi kembali kepada kehidupan yang berdosa. Penyiksaan mereka adalah seribu kali ganda lebih dahsyat daripada semua yang lain. Mereka menjerit dan merayu simpati daripada Tuhan, tetapi firman Tuhan di dalam Ibrani 10:26-27, ”Sebab jika kita sengaja berbua dosa, sesudah memperoleh pengetahuan tentang kebenaran, maka tidak ada lagi korban untuk penghapus dosa itu. Tetapi yang ada ialah kematian yang mengerikan akan penghakiman dan api yang dahsyat yang akan menghanguskan semua orang durhaka 

Jiwa-jiwa itu ditempatkan di sana kerana mereka berkhotbah, berpuasa, menyanyi dan mengangkat tangan mereka di gereja tetapi di luar atau di rumah mereka mengadakan hubungan luar nikah, berzinah, menipu, atau mencuri. Kita tidak dapat menipu Tuhan. Alkitab mengatakan orang yang kepadanya banyak diberi, dari padanya akan banyak dituntut. (Lukas 12:48) 

Tuhan kemudiannya membawa kami untuk melihat 2 wanita yang pernah menjadi saudara seiman dalam kristus semasa di dunia, namun mereka tidak menjalani hidup yang benar di hadapan Tuhan. Seorang daripadanya berkata kepada yang satu, “kamu celaka terkutuk! Ini semuanya salah kamu saya di tempat ini! Kamu tidak memberitahu saya tentang kebenaran, sekarang saya di neraka!” Mereka akan berkata demikian sesama sendiri di tengah-tengah api, dan mereka sangat membenci sesama sendiri sebab tidak ada kasih, belas kasihan atau pengampunan di neraka.  

Ribuan jiwa yang tahu akan Firman Tuhan, namun kehidupan mereka tidak suci di hadapan hadirat Tuhan yang kudus. “Kamu tidak dapat mempermainkan Tuhan atau api neraka!”, jelas Tuhan. Dia memberitahu kami, “anakKu, semua penderitaan di dunia ditumpukan pada satu tempat itu tidak ada apa-apa, TIDAK ADA APA-APA jika dibandingkan dengan penderitaan seseorang yang mendapat tempat terbaikpun di neraka.” Walau begitu dahsyat penderitaan bagi seseorang yang menanggung paling kurang penyiksaan di neraka, lebih dahsyat lagi bagi orang yang ditempatkan di pusat neraka, iaitu mereka  yang pernah tahu Firman Tuhan tetapi berpaling daripadanya. Lalu Tuhan memberitahu orang boleh bermain api di dunia, tetapi sama sekali tidak dengan api neraka.  

Kami terus bejalan ke tempat-tempat yang berbeza dan Tuhan menunjukkan kami orang-orang yang berlainan. Kami dapat melihat terdapat lebih kurang enam jenis penyiksaan bagi orang-orang di sana. Di sana jiwa-jiwa disiksa oleh iblis dengan semua jenis penyiksaan. Satu lagi penyiksaan yang dahsyat adalah dengan keadaan secara sedar mereka berkata kepada diri mereka sendiri, “ingatkah kamu sewaktu mereka berkhotbah kepada kamu, sewaktu kamu mendengar Firman Tuhan, ingatkah kamu sewaktu mereka memberitahu kamu mengenai neraka dan kamu mentertawakannya!” Keadaan sedar ini juga menyiksa mereka sama seperti cacing-cacing menembusi tubuh mereka, seperti api pemusnah yang beribu-ribu kali lebih panas daripada yang kita tahu. Inilah hadiah yang iblis sediakan bagi mereka yang mencari dan mengikutinya. 

Firman Tuhan berkata dalam Wahyu 21:8 “Tetapi orang-orang yang penakut, orang-orang yang keji, orang-orang pembunuh, orang-orang sundal, tukang-tukang sihir, penyembah-penyembah berhala dan semua pendusta, mereka akan mendapat bagian mereka di dalam lautan yang menyala-nyala oleh api dan belerang; inilah kematian yang kedua 

Seterusnya, Tuhan menunjukkan kami seorang lelaki yang telah membunuh enam orang. Keenam orang ini mengerumuninya dan berteriak kepadanya, “ini semua salah kamu, SALAH KAMU!” Pembunuh itu cuba untuk menutup telinganya kerana dia tidak mahu mendengar mereka, namun dia tidak dapat mengelakkannya kerana di neraka semua deria anda adalah jauh lebih sensitif. 

Jiwa-jiwa yang disiksa di tempat itu mengalami suatu kehausan yang tidak tertahan dan mereka tidak pernah akan mendapatkan air seperti dalam cerita Alkitab mengenai Lazarus dan orang kaya. (Lukas 16:19) Orang kaya yang di neraka itu ingin satu titik air sahaja dan itu sudah cukup. Firman Tuhan mengatakan dalam Yesaya 34:9, “Sungai-sungai Edom akan berubah menjadi tιr, dan tanahnya menjadi belerang; negerinya akan menjadi tιr yang menyala-nyala 

Di tempat itu, setiap jiwa berada di tengah-tengah api. Orang-orang melihat bayangan sungai-sungai yang jernih di tengah-tengah api itu. Namun apabila mereka cuba untuk mencapainya, sungai-sungai itu bertukar menjadi api. Mereka juga melihat pokok-pokok dengan buah yang mengandungi air; namun apabila mereka cuba untuk mengambilnya, tangan mereka terbakar dan iblis akan memperbodohkan mereka. 

Lalu Tuhan membawa kami ke satu tempat yang lebih dahsyat daripada tempat-tempat lain yang telah kami lihat. Kami lihat suatu kolam api dan belerang. Di tepi kolam itu terdapat kolam yang lebih kecil. Di dalam kolam yang lebih kecil ini, berjuta-juta jiwa sedang menangis dan merayu kepada Tuhan agar bersimpati kepada mereka. Mereka berkata kepadaNya, “Tuhan tolong! Keluarkan kami dari sini walaupun hanya sekejap saja! Berilah kami peluang untuk keluar!!!” Namun, Tuhan tidak dapat berbuat apa-apa terhadap mereka kerana pengadilan sudah dibuat. 

Di antara jutaan orang-orang itu, Tuhan mengfokuskan kami kepada seorang lelaki yang mana badannya separuh tenggelam di kolam api itu. Lalu Tuhan membuat kami faham dan tahu fikirannya. Nama orang itu ialah Mark. Kami begitu tersentuh tentang apa yang dikatakan orang ini dalam fikirannya. Kami mempelajari suatu pengajaran yang abadi apabila kami mendengar fikirannya berkata, “saya akan buat apa saja untuk berada di tempat kamu sekarang! Saya akan buat apa saja untuk balik ke dunia walau hanya satu minit. Saya tidak kira walaupun keadaan saya yang paling menyedihkan, paling sakit, paling dibenci, atau paling miskin di dunia, saya akan buat apa saja untuk balik ke sana! Hanya untuk satu minit di dunia!” Tuhan Yesus memegang tangan saya. Yesus membalas fikiran Mark dengan berkata, “Mark, kenapa kamu mahu balik ke dunia walau hanya untuk satu minit?” Dalam tangisan dan keadaan yang tersiksa, dia memberitahu Yesus, “Tuhan! Saya akan buat apa saja untuk balik ke dunia walaupun untuk satu minit saja hanya untuk bertobat dan diselamatkan 

Setelah Tuhan mendengar kata-kata Mark, saya melihat darah keluar dari luka-luka Yesus dan air mata keluar dari matanya sambil berkata, “Mark, ianya sudah terlambat buatmu! Cacing-cacing sudah disediakan bagi tempat tidurmu dan cacing-cacing akan meliputimu.“ (Yesaya 14:11) Selepas Tuhan berkata demikian, dia hanyut ke dalam kolam itu selama-lamanya. Sungguh menyedihkan kerana semua jiwa-jiwa di sana sudah tiada harapan lagi. Hanya sewaktu kita di dunia kita mempunyai peluang untuk bertobat dan pergi ke syurga untuk bersama dengan Tuhan kita Yesus Kristus. 

Sekarang saya memberi laluan kepada adik saya untuk meneruskan kesaksian ini. Terima kasih. 
 
(Kesaksian kedua) 

Saudara-saudara yang kekasih, Tuhan membekati anda. Mari membaca Firman Tuhan di dalam Mazmur 18:9. “Asap membubung dari hidungNya, api menjilat keluar dari mulut-Nya, bara menyala keluar dari padaNya.” Ketika Tuhan ingin mencapai tangan saya, saya terus memegang tanganNya dan kami mulai turun ke bawah dalam terowong itu. Terowong itu semakin gelap sehingga saya tidak dapat melihat tangan saya yang tidak berpegangan pada tangan Tuhan. 

Tiba-tiba kami melalui sesuatu yang gelap di mana bunyi percikan kedengaran. Kegelapan di sana begitu pekat sehingga saya tidak dapat melihat dinding terowong. Kami bergerak ke bawah dengan begitu laju sekali sehingga saya merasa seakan-akan jiwa saya terpisah dengan tubuh jasmani saya. 

Selepas itu saya terhidu suatu yang terbakar seperti bau daging busuk. Baunya semakin teruk pada setiap ketika. Lalu saya mendengar suara dari berjuta-jua jiwa. Mereka berteriak, menangis, dan mengeluh tanpa henti. Saya begitu takut sekali sehingga saya berkata pada Tuhan, “Tuhan di manakah Engkau membawa saya? Tuhan kasihani saya! Kasihani saya!” Tuhan hanya berkata, “adalah perlu anda melihat ini, supaya anda boleh memberitahu semua orang 

Kami terus bergerak ke bawah melalui terowong berbentuk hon sehinggalah kami sampai ke suatu tempat yang seluruhnya gelap. Seperti membuka tirai yang besar dari mata saya, saya melihat berjuta-juta api. Lebih dahsyat daripada itu, saya terdengar teriakan siksaan tetapi tidak dapat melihat sesiapa. Saya sangat takut. Saya berkata pada Tuhan, “oh Tuhan kasihani saya! Oh Tuhan kasihani saya! Jangan membawa saya ke tempat ini! Ampuni saya!” Pada saat ini, saya tidak tahu bahawa saya adalah hanya pemerhati di neraka. Saya sangkakan bahawa hari pengadilan sudah tiba. Sewaktu berada di hadapan Tuhan Yesus, saya sangat gementar kerana saya kira ini adalah akhir hidup saya. 

Kami mendekati api yang besar di depan kami. Ianya sangat besar dan membakar dengan begitu kuat sekali. Saya terus bergerak ke bawah secara perlahan sambil melihat banyak api dan mendengar jutaan jiwa menangis dengan satu suara. 

Selapas itu saya melihat satu meja kayu yang tidak terbakar oleh api. Di atasnya muncul seperti botol-botol arak. Ianya kelihatan menyegarkan, namun penuh dengan api. Sewaktu saya melihat keadaan ini, seorang lelaki tiba-tiba muncul. Seluruh daging tubuhnya hampir musnah dan sisa bajunya yang masih tertinggal berlumpur dan sedang terbakar. Dia sudah kehilangan mata, mulut, dan rambutnya akibat dibakar. Dia dapat melihat saya sungguhpun dia tidak mempunyai mata. Saya ingin beritahu anda bahawa jiwa seseoranglah yang berfikir, membuat keputusan, dan melihat dan bukannya tubuh jasmani anda. 

Lelaki ini menghulurkan tangannya yang kurus ke arah Tuhan dan mulai menjerit, “Tuhan, kasihanilah saya! Tuhan kasihani saya! Sangat sakit! Saya dibakar! Kasihanilah saya dan keluarkan saya dari tempat ini!” Tuhan simpati melihatnya, dan saya merasa suatu yang hangat di tangan saya. Saya lihat ianya darah…darah Yesus! Darah Tuhan keluar dari tanganNya ketika dia melihat lelaki ini menderita kesakitan dalam api. 

Lalu lelaki ini mengalihkan pandangan pada meja tadi dan bergerak ke arah botol-botol itu. Dia mengambil satu botol itu tetapi saat dia hendak meminumnya, api dan asap keluar dari botol itu. Dia mengangkat kepalanya ke belakang lalu berteriak sedemikian rupa saya tidak pernah dengar sebelum ini. Dia menangis dengan kesakitan dan kesedihan yang amat sangat lalu mulai meminum lagi botol itu. Namun botol itu berisi asid lalu tekaknya langsung dirosakkan olehnya. Asid itu dapat dilihat bergerak ke dalam perutnya dan menyiksanya. 

Nombor 666 diukir pada dahi lelaki ini. Pada dadanya ialah suatu plat dibuat dari suatu logam asing yang tidak dapat musnah walaupun oleh kepanasan atau cacing. Ada huruf-huruf ditulis pada plat ini, tapi kami tidak dapat mengertinya. Namun Tuhan dengan kemurahanNya memberi kami tafsiran tentang apa yang ditulis. “Saya berada di sini kerana saya seorang pemabuk.” Dia merayu simpati daripada Tuhan, namun Firman Tuhan sangat jelas dalam 1 Korintus 6:10 “Pencuri, orang kikir, pemabuk, pemfitnah dan penipu tidak akan mendapat bagian dalam Kerajaan Allah.” 

Tuhan menunjukkan saya detik-detik akhir kehidupan lelaki ini di dunia seperti dalam wayang gambar atau filem. Ianya seperti televisyen besar yang mempertontonkan saat-saat akhir sebelum kematiannya. Nama lelaki itu ialah Luis dan dia sedang minum arak di satu bar. Saya lihat meja yang sama dan botol yang sama di bar itu. Di sekeliling meja itu ialah kawan-kawannya. (Saya mahu memberitahu anda sekarang, hanya ada satu TEMAN SEJATI anda, namanya ialah YESUS KRISTUS. Dialah teman setia anda.) Luis sedang meminum arak dan kawan-kawannya sudah mabuk. Kawan paling karibnya mengambil satu botol, lalu memecahkannya dan menikam Luis. Bila dia melihat Luis terbaring di lantai dia melarikan diri, namun Luis berlumuran darah di lantai hingga mati. Yang paling menyedihkan ialah dia mati tanpa Tuhan di hatinya. 

Pada waktu ini, ketika semua jiwa di neraka berteriakan, saya bertanya kepada Tuhan, “oh Tuhan, beritahulah saya sekiranya orang ini mengenalMu? Adakah dia tahu keselamatan daripadaMu?” Tuhan menjawab kesedihan, “ya Lupe, dia kenal akan Aku! Dia menerimaKu sebagai Juruselamatnya, namun dia tidak hidup untukKu.” Lalu saya menjadi lebih takut. Luis menangis dengan lebih kuat dan menjerit , “Tuhan sakitnya! Sakitnya! Kasihanilah saya!” Dia menghulurkan tangannya kepada Tuhan, namun Tuhan mengambil tangan saya lalu kami pergi dari situ. Api yang memusnahkan Luis menjadi lebih dahsyat, dan dia berteriak, “Kasihani saya! Kasihani saya!!” Kemudiannya dia sudah tidak kelihatan lagi akibat api yang besar itu. 

Kami meneruskan perjalanan dan sampai ke satu tempat yang sungguh besar dan menakutkan! Kami menghampiri api yang lain dan saya merayu kepada Tuhan, “Tuhan, jangan! Saya tidak mahu melihat ini lagi! Tolong ampuni saya! Ampuni saya! Saya tidak mahu melihat lagi!” Lalu saya menutup mata namun samada mata terbuka atau tertutup saya masih melihat semuanya. Api ini mulai reda perlahan-lahan lalu kelihatan seorang perempuan. Dia diliputi dengan lumpur dan lumpur itu penuh dengan cacing-cacing. Dia mempunyai sedikit rambut yang tertinggal di kepalanya, dan dia diliputi penuh dengan lumpur bercacing. Dia dimakan oleh cacing-cacing pada sekeliling tubuhnya dan menjerit, “Tuhan kasihani saya! Tuhan kasihani saya, ampuni saya! Lihat saya! Kasihani saya! Keluarkanlah cacing-cacing ini! Keluarkan saya dari kesengsaraan ini kerana ianya teramat sakit!” Tuhan hanya melihatnya dengan sangat sedih. Ketika kami berpegang pada tanganNya, kami merasa keperitan dan kesedihan di hati Tuhan untuk semua jiwa yang hilang yang dibakar di neraka untuk selama-lamanya. 

Wanita ini tidak mempunyai mata atau mulut, namun dia masih boleh melihat dan merasa. Hanya semua kesakitan itu lebih perit. Dia memegang sebuah botol, penuh dengan asid, fikirnya adalah minyak wangi. Saya dapat melihat ianya asid dan setiap kali dia menyembur badannya, ia membakarnya. Meskipun, dia tetap menyembur asid ke badannya berkali-kali. Dia berulang-ulang mengatakan ianya minyak wangi yang mahal. Dia juga menyangka dia sedang memakai rantai yang cantik, tetapi saya lihat ular yang besar di lehernya. Dia menyangka dia memakai gelang yang sangat mahal, tetapi sebenarnya adalah cacing yang lebih kurang satu kaki panjangnya dengan liar menembusi tulang-tulangnya. Dia berkata berlianlah yang dimilikinya, namun saya melihat kalajenking dan cacing di seluruh tubuhnya. Dia memakai plat besi seperti semua yang lain juga memakainya di neraka. Plat ini ditulis “Saya berada di sini kerana mencuri 

Wanita ini tidak ada penyesalan terhadap dosanya. Tuhan bertanya kepadanya, “Magdalena, mengapa kamu di sini?” Dia menjawab, “saya tidak penduli untuk mencuri dari orang lain. Yang penting bagi saya adalah memiliki berlian dan mendapat banyak minyak wangi yang mahal. Saya tidak peduli siapa yang saya rompak, asalkan saya kelihatan cantik 

Saya berpegangan pada tangan Kristus sambil melihat cacing-cacing mengorek seluruh tubuhnya. Magdalena berpaling untuk mencari sesuatu. Saya bertanya Tuhan lagi,”Tuhan, adakah orang ini mengenalMu?” Dan Tuhan menjawab, “ya, dia mengenal Aku 

Magdalena melihat di sekeliling lalu berkata, “Tuhan di manakah wanita yang bercakap dengan saya mengenaiMu? Di mana dia? Saya sudah di sini selama 15 tahun.” Semua orang di neraka dapat mengingat semuanya. Magdalena terus menanya, “di manakah wanita ini? Saya tidak melihat dia.” Saya tahu dia tidak dapat memusingkan badannya kerana tubuhnya tetap berada dalam kedudukan yang sama. Dia cuba untuk pusing dan melihat api-api yang lain untuk mencari wanita yang pernah bercakap kepadanya mengenai Tuhan. Tuhan menjawab, “Tidak! Tidak, Magdalena, dia tiada di sini. Wanita yang memberitahu kamu mengenaiKu ada bersamaKu di Kerajaan Syurga.” 

Sejurus mendengarkan kata-kata ini, dia membuangkan dirinya ke dalam api lalu dibakar dengan lebih dahsyat. Dia disiksa sebagai pencuri sesuai dengan plat besi yang dipakainya. Sila baca Firman Tuhan dalam Yesaya 3:24 “maka sebagai ganti rempah-rempah harum akan ada bau busuk, sebagai ganti ikat pinggang seutas tali, sebagai ganti selampit rambut kepala yang gundul, sebagai ganti pakaian hari raya sehelai kain kabung; dan tanda selar sebagai ganti kemolekan 

Ketika kami berjalan besama Tuhan, saya lihat sebuah tiang yang sangat besar dipenuhi dengan cacing-cacing. Di sekelilingnya adalah satu geluncuran dibuat dari besi yang merah panas. Pada tiang ini ialah satu papan tanda yang terang dan boleh dilihat dari mana-mana tempat. Tanda papan ini ditulis “Selamat datang semua pembohong dan pendusta.” Di penghujung geluncuran ini ialah satu danau kecil yang sedang mendidih. Ia kelihatan seperti belerang yang terbakar. Lalu saya lihat seorang yang bogel meluncur ke bawah. Sedang mereka meluncur, kulit mereka akan tercabut lalu melekat di geluncuran. Apabila mereka jatuh ke dalam danau yang terbakar, lidah mereka membengkak hingga meletup dan cacing-cacing akan mengambil tempat lidah mereka. Inilah permulaan penyiksaan mereka. Firman Tuhan dalam Mazmur 73:18-19 “Sesungguhnya di tempat-tempat licin Kautaruh mereka, Kaujatuhkan mereka sehingga hancur. Betapa binasa mereka dalam sekejap mata, lenyap, habis oleh kerana kedahsyatan!” 

Selepas melihat ini, kami dibawa keluar dari Neraka untuk balik. Saya ingin memberitahu anda Syurga dan Neraka itu lebih nyata dari dunia fisikal yang kita tahu. Di dunialah anda memilih ke mana arah anda tuju samada untuk bersama Yesus selamanya atau pergi ke neraka. Tuhan berkali-kali memberitahu kita, “Tanpa kekudusan tidak seorang pun akan melihat Tuhan.” (Ibrani 12:14) Maka sekarang saya memberitahu anda hal yang sama, “Tanpa kekudusan anda tidak akan melihat Tuhan 

(Kesaksian Ke-3, Sandra) 

Mari kita lihat Firman Tuhan dalam Matius 10:28 “Dan janganlah kamu takut kepada yang dapat membunuh tubuh, tetapi yang tidak berkuasa membunuh jiwa; takutlah terutama kepada Dia yang berkuasa membinasakan baik jiwa maupun tubuh di dalam neraka 

Apabila satu-satu jiwa sampai ke neraka, orang ini memiliki tubuh yang maut. Tuhan Yesus memegang tangan saya dan kami mulai bergerak ke bawah melalui terowong yang sangat dalam dan gelap menuju ke pusat bumi. Kami sampai di satu tempat yang ada beberapa pintu. Satu daripadanya terbuka lalu kami memasukinya bersama Tuhan. Saya tidak mahu melepaskan tangan saya daripada Tuhan kerana saya bimbang kalau terlepas saya akan berada di neraka selamanya. 

Semasa melalui pintu itu, saya lihat satu dinding yang sangat besar. Ribuan orang tergantung oleh cangkuk di kepala mereka dengan tangan mereka dirantai ke dinding. Kami juga melihat beribu-ribu orang berdiri di tengah-tengah api di semua tempat. 

Kami pergi ke salah satu daripada api-api di sana dan api ini mulai reda perlahan-lahan. Lalu kami lihat seseorang di dalamnya, dan apabila dia bercakap, kami boleh kenal dia adalah seorang lelaki. Lelaki ini memakai pakaian paderi yang kotor dan koyak. Cacing-cacing menembus ke dalam dan ke luar di seluruh tubuhnya. Dia kelihatan hangus terbakar oleh api. Matanya dicungkil keluar dan dagingnya melebur dan berjatuhan ke tanah. Namun selepas semua daging ini habis, ianya akan tumbuh kembali dan seluruh proses akan berulang. 

Bila dia melihat Yesus dia berkata, “Tuhan kasihani saya, kasihani saya! Tolong keluarkan saya dari sini walau hanya seketika! Seminit saja!” Pada dada orang ialah satu plat besi yang ditulis “Saya berada di sini kerana mencuri.” 

Yesus mendekat dan bertanya kepada lelaki itu, “siapa namamu?” Lelaki ini menjawab, “Andrew, nama saya Andrew, Tuhan” Lal Tuhan bertanya, “sudah berapa lama kamu di sini?” Andrew menjawab, “saya di sini sudah sangat lama.” Lelaki ini mulai memberitahu kisahnya. Dia berkata dia mempunyai tanggungjawab dalam memungut perpuluhan dan mengurus pemberian kewangan kepada orang miskin di dalam gereja Katoliknya. Tetapi sebaliknya dia mencuri wang ini. Dengan penuh belas kasihan, Tuhan bertanya, “Andrew, pernahkah anda mendengar kebenaran injil?” Andrew membalas, “ya Tuhan, ada satu wanita Kristian yang pernah datang ke gereja dan berkhotbah mengenai injil, namun saya tidak mahu menerimanya. Saya tidak mahu percayanya, tapi sekarang saya percaya! Sekarang saya percaya ini adalah nyata! Tolong Tuhan keluarkan saya dari sini, walau hanya seketika saja!”  

Semasa dia bercakap, cacing-cacing menjalar melalui rongga matanya, keluar melalui telinganya lalu masuk ke dalam mulutnya lagi. Dia cuba mengalihkan cacing-cacing ini tetapi ini tidak mungkin. Dia menjerit dengan dahsyat sekali dan terus merayu kepada Tuhan. Dia meminta Yesus untuk mengeluarkannya dari tempat itu. Lebih teruk dari itu, iblis-iblis menyiksanya dengan tidak henti-henti menikamnya dengan tombak. Iblis-iblis ini serupa dengan patung permainan yang ada di bumi yang dipanggil “The Jordanos”. Saya lihat mahkluk ini di neraka, cuma ianya bukan lagi patung permainan. Mereka hidup dan jahat. Mereka adalah kira-kira 3 kaki tinggi dan mempunyai gigi yang tajam. Darah keluar dari mulut mereka dan mata mereka sangat merah. 

Mereka menikam Andrew dengan segala kekuatan mereka, dan juga menikam semua orang yang ada di bahagian neraka ini. Ketika saya melihat ini, saya bertanya Tuhan bagaimana mungkin patung di bumi dapat kelihatan sama seperti iblis ini. Tuhan memberitahu saya itu adalah dari roh-roh kesedihan. 

Kami terus berjalan dan melihat ribuan orang disiksa. Setiap kali apabila suatu jiwa melihat Tuhan, mereka cuba mencapaiNya dengan tangan mereka yang kurus. Saya lihat seorang wanita mulai menjerit bila dia melihat Yesus. Dia berteriak, “Tuhan kasihani saya! Keluarkan saya dari tempat ini!” Dia sangat menderita dan mengeluarkan tangannya kepada Tuhan. Dia merayu kepadaNya berkali-kali untuk membawanya keluar dari tempat itu walau hanya satu saat. Dia langsung telanjang dan diliputi dengan lumpur. Rambutnya semuanya kotor dan cacing-cacing menembus ke atas dan ke bawah tubuhnya. Dia cuba mengalihkannya dengan tangannya, namun setiap kali dia berbuat demikian cacing-cacing ini muncul kembali dengan berlipat-ganda banyaknya. Cacing-cacing ini lebih kurang 6-8 inci panjangnya. Firman Tuhan dalam Markus 9:44 mengatakan “Di tempat itu ulatnya tidak akan mati, dan apinya tidak akan padam.” 

Sungguh mengerikan melihat wanita ini dan mendengar tangisannya sewaktu cacing-cacing memakan dagingnya dengan lahap. Suatu plat besi ditanamkan pada dadanya dan tidak dapat dimusnahkan api. Ianya ditulis “Saya berada di sini kerana berzinah.” Sesuai dengan dosanya, wanita ini dibuat berzinah di neraka dengan ular yang besar dengan cara yang sangat menjijikkan. Ular ini mempunyai duri-duri yang besar di sekelilingnya, kira-kira 6-8 inci panjangnya. Ular ini memasuki kemaluannya dan menjalar hingga keluar dari mulutnya. Apabila ular ini mulai memasukinya, dia pun menjerit. 

Dia makin merayu kepada Tuhan untuk membawanya keluar dari tempat itu, “Tuhan, saya di sini kerana berzinah, saya sudah 7 tahun di sini sejak meninggal dunia akibat AIDS. Saya mempunyai 6 kekasih, dan saya di sini kerana perzinahan.” Di neraka dia akan mengulangi dosa penyiksaannya berkali-kali. Dia tidak akan mempunyai rehat, siang dan malam dia akan mengalami penyiksaan yang sama sepanjang masa. Dia ingin mecapai tangannya kepada Tuhan tetapi Tuhan memberitahunya, “Blanca, ianya sudah terlambat bagimu. Cacing-cacing akan menjadi tempat tidurmu, dan cacing-cacing akan meliputimu.” (Yesaya 14:11) Ketika Tuhan berkata demikian, suatu selimut api meliputinya dan saya tidak lagi dapat melihatnya. 

Kami terus berjalan dan melihat beribu-ribu orang. Orang yang muda, dewasa, dan berumur menderita dalam penyiksaan. Kami tiba di satu tempat seperti suatu kolam mandi yang besar dengan ribuan orang lelaki dan wanita di dalamnya. Setiap mereka memakai plat besi yang ditulis: “Saya berada di sini kerana tidak memberi perpuluhan dan persembahan.” Apabila membaca ini, saya bertanya kepada Tuhan, “Tuhan, bagaimanakah ini mungkin, orang-orang itu di sini kerana sebab itu??” Tuhan menjawab, “ya, sebab orang-orang ini menganggap perpuluhan dan persembahan itu tidak penting, sedangkan FirmanKu menunjukkan ia satu perintah.” Di dalam Maleakhi 3:8-9 “Bolehkah manusia menipu Allah? Namun kamu menipu Aku. Tetapi kamu berkata: “Dengan cara bagaimanakah kami menipu Engkau?” Mengenai persembahan persepuluhan dan persembahan khusus! Kamu telah kena kutuk, tetapi kamu masih menipu Aku, ya kamu seluruh bangsa!” 

Tuhan memberitahu saya apabila umatnya tidak memberi perpuluhan, pekerjaan Tuhan akan terhenti dan berkat Tuhan tidak dapat diberi. Orang-orang di tempat ini menderita penyiksaan seribu kali ganda dari yang lain kerana mereka tahu Firman Tuhan namun tidak mentaatinya. 

Kami terus berjalan dan Tuhan memperlihatkan kami seorang lelaki. Saya dapat melihatnya dari paras pinggang hingga ke kepala, dan ketika itu saya mendapat satu visi kematiannya. Namanya Rogelio. Dia di dalam keretanya ketika seseorang mendekatinya untuk memberitahunya mengenai Injil dan memberinya Alkitab. Namun Rogelio mengindahkan amaran orang ini lalu berangkat tanpa mengetahui bahawa beberapa minit kemudian keretanya mengalami kemalangan. Ia jatuh ke bawah tebing lalu dia pun meninggal. 

Pada saat kemalangan itu, Alkitab terbuka pada Wahyu 21:8, “Tetapi orang-orang penakut, orang-orang yang tidak percaya, orang-orang keji, orang-orang pembunuh, orang-orang sundal, tukang-tukang sihir, penyembah-penyembah berhala dan semua pendusta, mereka akan mendapat bagian mereka di dalam lautan yang menyala-nyala oleh api dan belerang; inilah kematian yang kedua.” Apabila Rogelio membaca ayat ini, dia mati lalu pergi ke neraka. 

Dia baru saja di neraka satu bulan dan masih ada daging pada mukanya. Namun dia menderita seperti yang lain. Pada mulanya dia tidak tahu mengapa dia di neraka. Saya kira ketika penginjil itu mendekati keretanya, ianya adalah peluang yang terakhir baginya untuk menerima Tuhan Yesus. Dengan cara yang sama ramai orang mendapat kesempatan untuk menerimaNya. Hari ini, saya menjemput anda membuka hati untuk Yesus. Hanya Dialah jalan, kebenaran, dan hidup. (Yohanes 14:6) Hanya melaluiNya kita dapat diselamatkan dan masuk ke Kerajaan Syurga. (Kisah Para Rasul 4:12) Tuhan juga mengkehendaki kita untuk mengikuti caraNya dalam kekudusan dan kehormatan. Tuhan memberkati anda.  

(Kesaksian Ke-4) 

Saudara sekalian, Tuhan memberkati anda. Ketika Tuhan memegang tangan saya, saya mendapati saya sedang berdiri di atas batu, dan di belakang kami ada satu malaikat. Kami mulai turun ke bawah melalui satu terowong dengan amat laju sekali. Pada ketika itu saya memandang ke belakang dan malaikat itu sudah tiada. Saya merasa sangat takut lalu bertanya kepada Tuhan, “Tuhan, di manakah malaikat tadi? Mengapa dia sudah tidak ada lagi?” Tuhan menjawab, “dia tidak boleh pergi ke tempat yang akan kita pergi 

Kami terus bergerak ke bawah lalu berhenti secara mendadak seperti suatu lif. Saya melihat beberapa terowong dan kami memasuki terowong yang diceritakan melalui kesaksian adik saya, Sandra. Di dalam terowong ini orang-orang diikat dengan cangkuk pada kepala dan rantai pada tangan. Dinding terowong ini kelihatan sangat panjang dan tidak berkesudahan. Jutaan orang tergantung padanya. Kelihatan cacing-cacing di seluruh tubuh mereka. Lalu saya memandang ke arah lain lalu melihat satu lagi dinding yang sama seperti yang sebelumnya. Saya berkata pada Tuhan, “Tuhan! Ramainya orang di tempat ini!” Dengan serta-merta satu firman Tuhan memasuki fikiran saya; suatu ayat yang saya tidak tahu. Tuhan memberitahu saya, “dunia orang mati dan kebinasaan tak akan puas.” (Amsal 27:20) 

Kami meninggalkan tempat itu lalu sampai ke satu tempat yang kami panggil sebagai “Lembah Kawah". Kawah ini penuh dengan lumpur yang mendidih, dan kami mendekati satu daripadanya. Orang yang pertama saya lihat ialah seorang wanita. Badannya timbul tenggelam di dalam lumpur yang mendidih itu. Namun sewaktu Tuhan melihatnya, badannya berhenti bergerak. Pada waktu itu paras lumpur adalah di bahagian pinggangnya. Tuhan bertanya, “hai wanita, siapa namamu?” Dia menjawab, “nama saya Rubiela 

Rambutnya penuh dengan lumpur mendidih dan daging yang bergantungan pada tulangnya hangus dibakar api. Cacing-cacing memasuki rongga matanya dan keluar dari mulutnya, lalu masuk ke dalam hidungnya dan keluar dari telinganya. Jika tiada lubang untuk cacing-cacing itu masuk, mereka akan membuat lubang pada bahagian badan yang lain yang menyebabkan kesakitan yang begitu dahsyat sekali. 

Dia berteriak, “Tuhan, tolong! Keluarkan saya dari tempat ini. Kasihani saya! Saya sudah tidak tahan lagi! Hentikan ini Tuhan! Saya tidak dapat bertahan lagi! Kasihani saya!” Tuhan bertanya mengapa dia ada di sana. Dia berkata dia di sana disebabkan keangkuhannya iaitu perkataan yang sama ditulis pada plat besi yang ada pada dadanya. Pada tangannya kelihatan seperti satu botol biasa, namun dia melihat seolah-olah ianya satu minyak wangi yang mahal. Rubiela mengambil botol ini yang penuh dengan asid, lalu menyemburkannya pada badannya. Ini menyebabkan dagingnya mulai mencair dan dia merasa amat sakit. 

Dia menjerit kepada Tuhan, “Tuhan tolong, kasihani saya! Saya tidak berdaya untuk berada di sini lagi! Hanya untuk satu saat saja Tuhan.” Saya tidak mengatakan bahawa menggunakan minyak wangi itu dosa, namun Tuhan memberitahu kami wanita itu berada di sana disebabkan oleh minyak wanginya, seperti dalam Firman Tuhan memberitahu kita dalam Ulangan 5:7 “Jangan ada padamu allah lain di hadapanKu.” Dia berada di sana oleh kerana kecantikan, minyak wangi, dan keangkuhannya adalah yang terutama dalam hidupnya. Namun Tuhan Yesus ialah Raja di atas segala raja dan Tuhan di atas segala tuhan! Dia perlu menjadi yang utama di dalam hidup anda. Oleh sebab itulah wanita itu berada di sana. Dengan pilu Tuhan melihatnya dan berkata, “Rubiela, ianya sudah terlambat bagimu, cacing-cacing menjadi tempat tidurmu, dan cacing-cacing akan meliputimu.” Ketika Tuhan berkata demikian, suatu selimut api meliputinya. Pada waktu tubuhnya dimakan di dalam kawah, dia menderita kesakitan yang mengerikan. 

Lalu kami berjalan jauh dari tempat itu hingga sampai ke satu tempat dengan pintu yang besar. Sedang kami mendekatinya, pintu itu terbuka. Di seberang sana kami melihat gua yang sangat besar. Ketika saya melihat ke atas saya melihat lampu-lampu berwarna bergerak seperti rimbunan asap. Tiba-tiba kami mendengar musik salsa, ballenato, rock, dan berbagai jenis musik seperti yang dimainkan di radio. Dengan kuasaNya, Tuhan menggerakkan tanganNya yang membuat kami dapat melihat berjuta-juta orang tergantung dengan rantai di tangan mereka. Mereka berlompatan dengan liar di atas api. 

Tuhan memandang kami lalu berkata “lihat, inilah upah bagi penari-penari.” Mereka perlu melompat dengan liar mengikut rentak musik. Jika salsa dimainkan, mereka perlu melompat pada rentak itu, atau jika apa saja musik yang dimainkan, mereka perlu melompat pada rentak musik itu. Mereka tidak boleh berhenti. Lebih mengerikan apabila melihat kasut mereka mempunyai 6 inci duri di bawahnya. Bila mereka melompat duri ini akan menembus kaki mereka dan mereka tidak pernah ada rehat. Apabila seseorang cuba untuk berhenti, iblis-iblis akan datang segera dan menikam mereka dengan tombak lalu memaki mereka, “puji dia! Inilah kerajaanmu sekarang, puji Setan! Puji dia! Kamu tidak boleh berhenti, puji dia! Puji dia! Kamu mesti memuji dia! Kamu mesti melompat! Kamu mesti menari! Kamu tidak boleh berhenti walau sesaat pun.” 

Ianya sungguh menyedihkan kerana ramai orang kristian yang mengenal Tuhan namun mereka berada di kelab malam ketika mereka meninggal. Mungkin anda bertanya, “ayat Alkitab manakah yang mengatakan ianya salah untuk menari?” Dalam Yakobus 4:4,  Firman Tuhan mengatakan: “Tidakkah kamu tahu, bahwa persahabatan dengan dunia adalah permusuhan dengan Allah? Jadi barangsiapa hendak menjadi sahabat dunia ini, ia menjadikan dirinya musuh Allah.” Juga dalam 1 Yohanes 2:15-17, “Janganlah kamu mengasihi dunia dan apa yang ada di dalamnya. Jikalau orang mengasihi dunia, maka kasih Bapa tidak ada di dalam orang itu. Sebab semua yang ada di dalam dunia, yaitu keinginan daging dan keinginan mata serta keangkuhan hidup, bukanlah berasal dari Bapa, melainkan dari dunia. Dan dunia ini sedang lenyap dengan keinginannya, tetapi orang yang melakukan kehendak Allah tetap hidup selama-lamanya.” Ingatlah dunia ini akan berlalu, semua ini akan lenyap, namun orang yang melakukan kehendak Allah hidup selamanya. 

Saudara sekalian, ketika kami meninggalkan tempat ini kami melihat sesuatu seperti jambatan yang membahagikan neraka kepada bahagian penyiksaan yang berbeza. Kami melihat suatu roh berjalan di suatu jambatan kecil. Ianya kelihatan seperti patung yang kami pernah lihat di dunia. Kami memanggilnya sebagai Patung Harta Karun. Mereka mempunyai warna rambut yang berbeza. Wajah mereka seperti orang tua tetapi badan mereka seperti kanak-kanak. Dan mereka tidak mempunyai kemaluan. Mata mereka sangat menakutkan. Tuhan memberitahu mereka ini adalah roh kehilangan. Roh ini mempunyai tombak di tangannya dan berjalan dengan sombong di atas jabatan, seperti seorang permaisuri atau model. 

Sedang ia berjalan, dia menikam orang-orang dengan tombaknya. Dia akan memaki mereka, “ingatkah kamu ketika kamu berada di luar gereja dan kamu tidak mahu memasukinya? Ingatkah kamu pada hari mereka menyampaikan khotbah dan kamu tidak mahu mendengar? Ingatkah kamu pada hari mereka memberikan kamu risalah injil namun kamu membuangnya?” Jiwa yang hilang itu cuba menutup bekas telinga mereka. Mereka akan menjawab kepada iblis-iblis ini, “Diam! Diam! Jangan beritahu saya lagi! Saya tidak mahu tahu lagi, diam!” Tetapi roh iblis itu gemar melakukannya kerana ini menyakitkan jiwa orang itu. 

Kami terus berjalan dengan Tuhan. Ketika melihat suatu kumpulan orang-orang, kami mendengar seorang lelaki berteriak lebih kuat daripada yang orang-orang lain yang dibakar di sana. Dia berkata, “Bapa, Bapa, kasihani saya!” Tuhan pada mulanya tidak ingin melihat orang ini tetapi apabila Dia mendengar kata “bapa” Dia mengangguk dan mengalihkan pandangannya. Yesus melihatnya dan memberitahunya, “Bapa? Kamu memanggilKu Bapa? Tidak, Aku bukan Bapamu dan kamu bukan anakKu. Sekiranya kamu anakKu, kamu sekarang berada di Kerajaan Syurga bersamaKu. Kamu adalah anak kepada bapamu si iblis.” Dengan serta-merta suatu selimut api naik dan meliputi seluruh tubuhnya. 

Tuhan menceritakan kami mengenai kehidupan lelaki ini. Lelaki ini memanggilNya Bapa kerana dia mengenal Tuhan. Dia biasa pergi ke gereja dan mendengar Tuhan melalui Firmannya. Dia juga menerima banyak berkat Tuhan. Lalu kami bertanya, “apa yang terjadi Tuhan? Kalau begitu mengapa dia di sini?” Tuhan menjawab, “dia menjalani dua kehidupan. Dia hidup satu cara di rumah dan satu cara yang lain di gereja. Dia berfikir, ‘tiada siapa yang hidup rapat dengan saya, tidak pastor atau mana-mana saudara, jadi saya boleh buat apa saja yang saya suka.’ Namun dia lupa mata Tuhan nampak segalanya dan dia tidak boleh menipu atau sembunyi dari Tuhan 

Firman Tuhan memberitahu kita, “Jangan sesat! Allah tidak membiarkan diriNya dipermainkan. Karena apa yang ditabur orang, itu juga yang dituainya.” (Galatia 6:7) Lelaki ini menderita seribu kali ganda lebih dari orang yang lain. Dia membayar dua kutukan: satu untuk dosanya, dan satu lagi kerana berfikir dia boleh menipu Tuhan. 

Sekarang ini orang cuba mengklasifikasikan grafiti dosa. Mereka berfikir golongan homoseks, pencuri, dan pembunuh adalah lebih berdosa daripada orang penipu atau pemfitnah. Tetapi di mata Tuhan semua dosa-dosa ini adalah sama berat dan sama upahnya. Alkitab mengatakan, “Sebab upah dosa ialah maut” “Orang yang berbuat dosa, itu yang harus mati.” (Roma 6:23) (Yehezkiel 18:20) Hai teman dan saudara, saya menjemput anda sekarang untuk menerima jemputan Yesus. Yesus membuka tangannya pada anda jika kamu bertaubat. Firman Tuhan memberitahu kita bahawa seseorang yang mengubah jalannya dan bertaubat akan menerima pengampunan. Adalah jauh lebih baik untuk percaya sekarang daripada menunggu lalu mendapat jalan yang sukar nanti. Tuhan memberkati anda. 

(Kesaksian Ke-5) 

Firman Tuhan dalam Roma 6:23 mengatakan “Sebab upah dosa ialah maut; tetapi karunia Allah ialah hidup yang kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita 

Apabila kami bergerak ke bawah, saya merasa kesakitan dan mengalami pengalaman kematian. Saya sungguh takut dengan apa yang dilihat. Saya menyedari begitu ramai orang di sana. Semua mereka berteriak dan menangis. Seluruh tempat adalah gelap tetapi dengan kehadiran Tuhan kegelapan itu hilang. Kami melihat beribu-ribu jiwa menjerit meminta tolong dan belas kasihan. Mereka merayu kepada Tuhan untuk membawa mereka keluar dari tempat itu. Kami juga turut merasa pilu kerana kami tahu Tuhan begitu sedih melihat mereka. 

Ramai yang merayu kepada Tuhan untuk membawa mereka keluar walau hanya seminit atau sesaat pun. Tuhan bertanya kepada mereka, “mengapa kamu mahu keluar?” Mereka akan menjawab “kerana saya mahu diselamatkan! Saya mahu bertaubat dan diselamatkan!” Namun ianya sudah terlambat bagi mereka. 

Kepada pendengar sekalian, sekaranglah waktunya untuk memilih tempat destinasi kita yang kekal. Anda boleh memilih keselamatan yang kekal atau tempat kutukan yang kekal. 

Kami terus bergerak ke bawah. Saya lihat lantai yang kami pijak telah dimusnahkan oleh api. Lumpur serta api keluar dari lantai tanah ini. Bau busuk juga terdapat di mana-mana. Kami sungguh terpegun dan mual akibat bau ini dan juga jeritan orang-orang. 

Kami nampak seorang lelaki dari jauh. Dia berada di dalam lumpur mendidih pada paras pinggangnya. Apabila dia menaikkan tangannya keluar, kelihatan dagingnya berjatuhan ke dalam lumpur dari tulangnya. Kami dapat melihat lembapan kelabu di dalam tulangnya. Kami bertanya Tuhan apakah benda ini. Semua orang di neraka mempunyai jenis lembapan ini. Tuhan memberitahu ianya adalah jiwa mereka yang terperangkap di dalam tubuh berdosa. Seperti yang ditulis di dalam Wahyu 14:11 “Maka asap api yang menyiksa mereka itu naik ke atas sampai selama-lamanya, dan siang malam mereka tidak henti-hentinya disiksa, yaitu mereka yang menyembah binatang serta patungnya itu, dan barang siapa yang telah menerima tanda namanya 

Kami mula memahami banyak perkara yang kami endahkan di dunia. Mesej yang terpenting ialah bagaimana kita hidup di dunia inilah yang menentukan di mana kita akan pergi untuk selama-lamanya. 

Waktu kami berjalan bergandingan tangan bersama Tuhan, kami sedar Neraka mempunyai banyak tempat yang berbeza dengan berbagai tahap penyiksaan. Kami sampai ke satu tempat di mana ada banyak sel yang menempatkan jiwa-jiwa yang disiksa. Jiwa-jiwa ini disiksa oleh bermacam-macam jenis iblis. Iblis-iblis ini akan mengutuk jiwa-jiwa ini “kamu celaka terkutuk, puji setan! Layani dia seperti kamu melayaninya di dunia!” Jiwa-jiwa ini tersiksa sekali oleh cacing-cacing dan api. Dan penyiksaan dari api ini adalah seperti asid yang ditumpahkan ke seluruh tubuh mereka. 

Kami melihat dua orang lelaki di dalam suatu sel penjara. Mereka mempunyai pisau dan mereka saling menikam sesama sendiri. Mereka saling bertengkar, “engkau celaka terkutuk! Disebabkan engkau saya berada di sini! Engkau menyebabkan saya di sini sebab kau menipu saya daripada kebenaran dan tidak membiarkan saya mengenal Tuhan! Engkau tidak membiarkan saya menerimaNya! Sebab itulah saya berada di sini disiksa siang dan malam!” 

Melalui suatu penglihatan Tuhan memperlihatkan kami kehidupan mereka di dunia. Kami melihat mereka di suatu bar. Suatu pertengkaran menyebabkan mereka bergaduh. Mereka sudah mabuk dan satu daripada mereka memecahkan satu botol dan yang satu lagi mengeluarkan pisau. Mereka bergaduh sehingga kedua-duanya cedera parah lalu mati. Kedua lelaki ini menerima kutukan untuk mengulangi senario ini selama-lamanya. Mereka juga tersiksa oleh memori lalu bahawa mereka adalah teman karib semasa di dunia seperti adik-beradik yang menyayangi antara satu dengan lain. 

Saya ingin memberitahu anda hari ini. Hanya ada satu teman sejati anda dan namanya Yesus Nasaret. Dialah teman sejati anda. Dialah teman setia anda yang sentiasa menyertai anda setiap masa. 

Kami terus berjalan dan melihat seorang wanita di sel yang lain. Dia sedang terguling di atas lumpur. Rambutnya habis kusut dan penuh dengan lumpur. Di sel ini juga ada seekor ular yang gemuk dan besar. Ia bergerak mendekatinya lalu melilitnya dan memasuki di bahagian bawahnya. Wanita ini dipaksa untuk melakukan seks bersama ular ini. Di tempat itu semua lelaki dan wanita yang hidup berzinah dipaksa untuk mengulanginya di sana. Namun mereka harus melakukannya dengan ular yang mempunyai duri 6 inci panjang. Ular ini memusnahkan tubuhnya setiap kali ia memasuki wanita ini. Dia menangis kepada Tuhan dan merayuNya untuk menghentikannya. Dia tidak mahu menderita lagi. “Hentikannya! Saya tidak akan melakukannya lagi! Tolong! Hentikannya!” Dia merayu kepada Tuhan ketika ular memasukinya dan memusnahkan tubuhnya berulang-ulang. 

Kami cuba menutup telinga kami tetapi kami masih dapat mendengar tangisannya. Kami berusaha lagi untuk menutup telinga kami tetapi ianya tidak berhasil. Kami merayu kepada Tuhan, “tolong Tuhan kami tidak mahu melihat dan mendengar ini lagi! Tolong Tuhan!” Tuhan berkata, “ini adalah perlu untuk kamu melihatnya supaya kamu dapat memberitahu yang lain kerana umatKu sedang dimusnahkan! UmatKu tidak mengendahkan keselamatan yang benar dan jalan yang benar kepada keselamatan 

Kami terus berjalan dan kami melihat suatu kolam yang besar dengan beribu-ribu orang berada di tengah-tengah api. Mereka melambai-lambaikan tangan meminta tolong tetapi banyak iblis yang berterbangan di sana. Iblis ini menggunakan tombak berbentuk ‘S’ untuk menyiksa orang yang dibakar dalam kolam ini. Iblis ini mengolok dan mengutuk mereka dengan berkata, “kamu celaka terkutuk! Sekarang sembah Setan! Puji dia, puji dia seperti yang kamu buat semasa di bumi!” Kelihatan beribu-ribu orang di sana. Kami sangat takut sehingga kami fikir sekiranya kami melepaskan tangan dari Tuhan kami akan tertinggal di tempat yang mengerikan itu. Kami berasa ngeri terhadap perasaan kami sendiri. 

Di suatu jarak kami melihat seorang lelaki sedang berdiri dan dia di dalam kesakitan yang dahsyat dan tersiksa. Dua iblis yang berterbangan sedang menyiksa dia. Mereka menikamnya dengan tombak dan menarik keluar tulang rusuknya. Mereka juga mentertawakannya sepanjang masa. Selain itu, Tuhan juga menunjukkan kami dia tersiksa oleh kebimbangannya terhadap keluarganya yang masih hidup di bumi. Lelaki ini tidak mahu keluarganya datang ke tempat penyiksaan yang sama. Dia bimbang kerana dia tidak pernah memberitahu mereka mesej mengenai keselamatan. Dia tersiksa kerana dia masih ingat bahawa mereka pernah mempunyai peluang untuk menerima mesej ini. Dia sepatutnya memberi mesej ini kepada keluarganya tetapi dia tidak memperdulikannya. Sekarang dia bimbang mengenai anak-anaknya dan isterinya. 

Iblis-iblis itu terus menyiksanya dengan memotong tangannya lalu dia jatuh di dalam lumpur mendidih. Dia bergerak seperti cacing dari satu tempat ke satu tempat yang lain disebabkan oleh kesakitan daripada lumpur mendidih. Dagingnya jatuh dari tulangnya disebabkan oleh kepanasan. Dia mulai menjalar seperti ular untuk keluar dari sana. Namun setiap kali dia cuba berbuat demikian iblis akan menolaknya dan dia akan tenggelam lebih dalam di dalam lumpur. 

Selepas itu kami melihat suatu kumpulan iblis di satu tempat. Ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Saya lihat satu daripada iblis-iblis itu kehilangan satu daripada sayapnya. Saya bertanya Tuhan, “Tuhan, mengapa iblis itu kehilangan satu sayapnya?” Tuhan berkata, “iblis ini dihantar ke dunia dengan satu tujuan tetapi dia gagal. Lalu dia dihalau oleh malaikat Tuhan kembali ke Neraka. Setan datang dan menghukumnya dengan memotong satu sayapnya.” Lalu kami mengerti bahawa sebagai Kristian kami mempunyai wibawa dan kuasa untuk menghalau iblis dan penguasa-penguasa di dalam nama Yesus.  

Saudara-saudara yang mendengar perkataan ini sekarang, kesaksian ini bukanlah untuk kebinasaan tetapi untuk keselamatan. Maka anda boleh menilai diri sendiri dan melihat keadaan hati anda di hadapan Tuhan. Ini perlu supaya anda boleh mengubah jalan anda untuk keselamatan dan bukan untuk kebinasaan. Pada saat ini angkatlah hati anda untuk Tuhan dan mengakulah dosa-dosa anda. Tuhan akan datang padamu dan anda boleh pergi bersamaNya di syurga kelak. Anda tidak perlu pergi ke tempat penyiksaan di mana ada tangisan dan kertakan gigi. Di sana anda akan faham mengapa Yesus membayar harga yang begitu tinggi di atas kayu salib di Kalvari. 

Kami melihat ramai orang di Neraka dan mereka ini adalah orang yang tidak peduli hal-hal yang boleh menyebabkan mereka dimasukkan ke sana. Kehidupan mereka dipenuhi dengan aktiviti-akticiti yang mereka anggap bukan dosa. Saudara, nilailah diri anda! Jangan berfikir menipu, mencuri, atau sombong itu perkara biasa untuk dibuat! Semua ini adalah dosa di mata Tuhan! Saudara, bertaubatlah dan hentikan hal-hal seperti ini! Saya memberi mesej ini supaya anda berhenti daripada membuat dosa secara sedar dan lebih memandang kepada Tuhan.  

(Kesaksian Ke-6) 

Mazmur 62:13 “Dan dari padaMu juga kasih setia, ya Tuhan; sebab Engkau membalas setiap orang menurut perbuatannya 

Pagi itu sewaktu Tuhan melawat kami di bilik itu, Dia memegang tangan kami lalu kami mulai bergerak ke bawah. Saya tidak dapat menjelaskan betapa saya merasa sungguh takut. Saya cuma tahu saya tidak boleh melepaskan tangan daripada Tuhan. Pada waktu itu Yesus adalah hidup dan cahaya saya. Semua harapan ada padaNya. Kalau tidak tentu saya sudah ditinggalkan dari tempat itu. Saya tidak pernah terfikir saya akan ke tempat itu. Saya juga tidak percaya bahawa tempat seperti itu wujud. Walaupun sebagai seorang kristian, saya sering kali berfikir bahawa tempat penyiksaan sementara itu neraka namun Tuhan menunjukkan saya realiti neraka. 

Apabila kami sampai di Neraka saya dapat merasakan tempat itu menjadi ribut sekali. Semua iblis berlarian untuk bersembunyi kerana tiada yang dapat bertahan terhadap kehadiran Tuhan. Kami mendengar jiwa-jiwa yang terperangkap menjerit lebih kuat kerana mereka tahu Yesus Nasaret ada di sana. Mereka semua tahu hanya seorang saja yang dapat mengeluarkan mereka di sana. Mereka mempunyai harapan itu tapi ianya harapan yang sia-sia. 

Kami berjalan dengan Tuhan dan kami sampai ke satu bahagian penyiksaan perzinahan. Yesus memandang seorang wanita yang penuh dengan lumpur. Sedang Yesus melihatnya, perlahan-lahan dia mulai keluar dari api meskipun penderitaannya tidak pernah berhenti. Kami dapati dia telanjang dan semua bentuk fizikalnya dapat dilihat. Badannya habis kotor dan berbau busuk. Rambutnya semua kusut dan lumpur hijau kekuningan ada pada badannya. Dia tidak mempunyai mata dan cebisan bibir mulutnya berjatuhan. Dia tidak mempunyai telinga tetapi hanya rongganya. Dengan menggunakan tangannya yang hangus terbakar, dia cuba meletakkan semula dagingnya yang jatuh dari mukanya namun ini hanya memberikannya kesakitan yang lebih parah. 

Lalu dia goncang dan menjerit lebih kuat. Teriakannya tidak pernah padam. Dia penuh dengan cacing-cacing dan suatu ular besar melilit tangannya. Ianya sangat gemuk dan mempunyai duri di sekeliling badannya. Wanita ini mempunyai nombor 666 terpahat pada tubuhnya. Nombor ini disebut dalam buku Wahyu (Wahyu 4:9-11) Dia juga mempunyai plat besi tertanam pada dadanya. Plat besi ini dibuat dari suatu logam yang asing yang tidak dapat dimusnahkan oleh api. Pada plat ini suatu bahasa yang asing ditulis namun kami dapat memahaminya. Ia ditulis, “Saya berada di sini kerana berzinah.” 

Apabila Tuhan bertanya kepadanya, “Elena, mengapa engkau berada di sini?” Sedang Elena menjawab kepada Tuhan badannya bergolek akibat kesakitan daripada penyiksaannya. Dia berkata dia berada di sana kerana berzinah. Dia berkali-kali merayu Tuhan mengampuninya.  

Lalu kami menyaksikan detik kematiannya. Semasa dia meninggal, dia sedang melakukan hubungan seks dengan satu daripada kekasihnya. Dia berfikir orang yang tinggal bersamanya sudah pergi ke suatu lawatan. Namun, kekasihnya balik dari kerja dan mendapati dia sedang berada di katil bersama orang lain. Lalu dia pergi ke dapur dan mengambil sebilah pisau dan menikam Elena dari belakang. Dia mati lalu dibawa ke Neraka dengan keadaan bogel seperti pada waktu kematiannya. 

Di Neraka semuanya diulangkan semula. Pisau yang besar masih tertikam di belakangnya dan dia merasa sangat sakit. Pada waktu ini, dia sudah berada di Neraka selama 7 tahun dan dia ingat setiap detik kehidupannya dan juga kematiannya. Dia juga mengingati sewaktu seseorang cuba untuk menginjilnya mengenai Yesus bahawa hanya Dia yang boleh menyelamatkannya. Namun sekarang sudah terlambat baginya dan orang lain yang berada di Neraka. 

Firman Tuhan banyak mengatakan mengenai perzinahan dan ianya sangat jelas. Perzinahan adalah melakukan hubungan seks di luar pernikahan. 1 Korintus 6:13 “Makanan adalah untuk perut dan perut untuk makanan: tetapi kedua-duanya akan dibinasakan Allah. Tetapi tubuh bukanlah untuk percabulan, melainkan untuk Tuhan, dan Tuhan untuk tubuh.” Juga dalam 1 Korintus 6:18 “Jauhkanlah dirimu dari percabulan! Setiap dosa lain yang dilakukan manusia, terjadi di luar dirinya. Tetapi orang yang melakukan percabulan berdosa terhadap dirinya sendiri.” 

Sejurus selepas Yesus habis bercakap dengannya, wanita ini diliputi dengan selimut api dan kami tidak lagi melihatnya. Meskipun demikian, kami dapat mendengar dagingnya terbakar dan juga teriakannya yang sungguh menyeramkan yang saya tidak dapat jelaskan dengan perkataan. 

Kami terus berjalan dengan Tuhan dan Dia menunjukkan semua orang di sana termasuk penyembah idola, ahli sihir, orang pencabul, orang penzinah, penipu, dan golongan homoseks. Kami sangat takut dan kami hanya mahu meninggalkan tempat itu. Namun Yesus menegaskan ianya perlu untuk kami melihat semua itu supaya kami dapat memberitahu yang lain agar mereka percaya. 

Kami meneruskan perjalanan dengan Yesus sambil memegang tanganNya lebih erat. Kami sampai ke satu bahagian yang menarik perhatian saya. Kami melihat seorang pemuda berumur 23 tahun tenggelam dalam api di paras pinggangnya. Kami tidak dapat melihat dengan jelas jenis penyiksaannya tetapi kami melihat nombor 666 ada padanya. Dia juga mempunyai plat besi yang ditulis “Saya berada di sini kerana menjadi orang normal.” Apabila dia ternampak Yesus, dia mengeluarkan tangannya kepada Yesus dan merayu belas kasihan. Firman Tuhan dalam Amsal 14:12 “Ada jalan yang disangka orang lurus, tetapi ujungnya menuju maut 

Apabila kami melihat plat “Saya berada di sini kerana menjadi orang normal”, kami bertanya Tuhan, “Tuhan, bagaimana mungkinkah ini!? Bolehkan orang datang ke sini kerana sebab ini?” Lalu Yesus menanya lelaki ini, “Andrew, mengapa Engkau berada di sini?” Dia menjawab, “Yesus, ketika saya di dunia, saya fikir hanya membunuh dan mencuri itu dosa. Sebab itulah saya tidak pernah mahu mendekatiMu.” Dalam Mazmur 9:17 “Tuhan telah memperkenalkan diriNya, Ia menjalankan penghakiman; orang fasik terjerat dalam perbuatan tangannya sendiri.” 

Andrew membuat kesilapan yang besar dengan megklasifikasikan dosa seperti kebanyakan orang sekarang. Alkitab sangat jelas ketika ia mengatakan sebab upah dosa adalah maut; tetapi karunia Allah ialah hidup yang kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita. (Roma 6:23) Selain itu, ketika Alkitab berbicara mengenai dosa, ia tidak pernah mengklasifikasikan dosa kerana semuanya adalah dosa. Andrew mempunyai peluang untuk mengenal dan menerima Yesus tetapi dia tidak mengambil peluang yang diberikan Tuhan kepadanya. Mungkin dia mempunyai beribu peluang untuk mengenal Tuhan namun dia tidak mahu berbuat demikian. Inilah sebabnya dia berada di sana. Lalu suatu selimut api meliputi tubuhnya dan kami tidak melihatnya lagi. 

Kami terus berjalan dengan Yesus dan di suatu jarak kami melihat sesuatu jatuh ke bawah seperti selonggok benda. Apabila kami mendekati tempat itu kami melihat ianya adalah orang-orang yang jatuh ke Neraka pada waktu itu. Orang-orang yang mati di dunia tanpa Yesus Kristus di dalam hati mereka akan sampai ke Neraka. 

Kami melihat seorang pemuda di sana dan banyak iblis-iblis yang berlari kepadanya lalu mulai menghancurkan tubuhnya. Sejurus itu badannya mulai dipenuhi dengan cacing-cacing. Dia menjerit, “Jangan! Apa ini? Cukup! Saya tidak mahu berada di sini! Hentikan! Ini pastinya mimpi! Keluarkan saya dari sini!” Dia tidak sedar bahawa dia sudah mati dan dia meninggal tanpa Yesus di dalam hatinya. Iblis mentertawakannya sambil menyiksanya. Lalu nombor 666 menjelma pada dahinya dan juga plat besi pada dadanya. Kami tidak mengetahui sebabnya dia ke Neraka namun kami pasti dia tidak akan dapat keluar untuk selama-lamanya. 

Tuhan memberitahu kami bahawa penyiksaan orang-orang di Neraka akan lebih dahsyat pada hari Pengadilan. Sekiranya sekarang ini mereka menderita begitu dahsyat dan menyeramkan, saya tidak dapat membayangkan bagaimana penderitaan mereka selepas hari Pengadilan. 

Kami tidak melihat kanak-kanak di sana. Kami hanya melihat ramai orang-orang muda termasuk lelaki dan wanita yang berbagai bangsa. Meskipun, di neraka tidak ada mengira bangsa atau kedudukan sosial. Semua yang datang ke sana adalah hanya untuk disiksa dan dihukum. Ada satu perkara yang setiap orang di sana inginkan iaitu untuk keluar dari sana walaupun hanya satu saat. Mereka juga inginkan setitik air untuk lidah mereka, seperti cerita si orang kaya dalam Alkitab. (Lukas 16:19) Walau bagaimanpun semua ini tidak mungkin lagi. Mereka sudah memilih di mana mereka mahu berada untuk selama-lamanya. Mereka memilih untuk menghabiskan masa tanpa Tuhan. Tuhan tidak pernah menghantar sesiapa ke Neraka. Semua orang yang datang ke sana adalah disebabkan perbuatan mereka sendiri. Dalam Galatia 6:7 “Jangan sesat! Allah tidak membiarkan diriNya dipermainkan. Karena apa yang ditabur orang, itu juga yang akan dituainya 

Hari ini anda mempunyai peluang untuk mengubah destinasi kekal anda. Yesus masih terbuka untuk anda sekarang. Alkitab mengatakan ketika kita masih hidup kita mempunyai harapan. Hari ini anda masih hidup. Jangan lepaskan peluang ini kerana ia mungkin peluang yang terakhir anda. 

Tuhan memberkati anda.